
Sulit
4 tahun
Cara mengubati penyakit tonsil tanpa melakukan pembedahan
saya berusia 22 thun tp sejak kebelakangan nie sya sering mengalami masalah sakit tekak n kesukaran untuk mengunyah makan…sya mengesyaki diri saya terkena penyakit tonsil…boleh saya tahu cara perubatan yang sesuai selain daripada melakukan pembedahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Buat semenetara waktu, antara cara untuk mengurangkan gejala sakit tekak adalah seperti:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Untuk mengetahui penyebab sebenar serta rawatan yang tepat bagi masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mendapati masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.