Sulit
2 tahun
Cara mengunakan pil perancang
Assalamualaikum
Saya ambil pil perancang marvelon selepas saya habis period, saya period 29july pastu minum pil perancang 10August, saya period dalam 2 3 hari je doc pastu hari ke 4 5 6 7 tu mcm lendir berwarna coklat, yg lendir coklat tu kira period juga ke? Kalau saya period 29august ni doc saya stop dulu ke minum pil perancang marvelon? Sebab saya first time minum perancang tu selepas period, last period 13 Hari,
Jadi soalan saya kalau kalau tablet 21 pertama ni habis, tablet 21 yg kedua saya minum juga ke walaupun datang period? Atau selepas period,
Thank u so much doc☺️
Harap doc faham sebab saya terang kan satu²🤣
2 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, pil perancang Marvelon yang mempunyai 21 biji pil perlu diambil secara berterusan dari hari pertama selepas tamat pendarahan haid anda. Selepas tamat tempoh 21 hari, baki 7 hari adalah untuk ‘withdrawal bleeding’. Anda perlu meneruskan pengambilan pil selepas 7 hari tersebut walaupun tidak mengalami pendarahan selama 7 hari tersebut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor.
Terima kasih.