
Sulit
3 tahun
Cara merawat kencing malam atas tilam untuk orang dewasa
hi docter saya berumur 27tahun tapi saya still kecing malam dalam sebulan ada lah 4 or 5 kali dlm seminggu kadang-kadang 3hari berturut turut…macam macam cara saya cuba merawat tapi tidak berhasil. saya sudah pun berkahwin kadang tu terasa malu sangat bile suami tengok kita kecing sedangkan dah besar…boleh docte bantu saya? saya amat memerlukan pertolonngan dan nasihat docter terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalh kencing malam. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing malam dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk merawat kencing malam ini, anda boleh mencuba cara-cara tersebut:
- Kurangkan minum air sebelum tidur
- Kencing sebelum tidur
- Bladder training
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.