
Sulit
5 tahun
Cara pengambilan pill perancang YAZ
Hi doctor saya nak tanya tentang cara pengambilan pill perancang YAZ dengan betul sebabnya bila beli di pharmacy ada staff yang cakap ambil setiap hari tanpa henti ada pulak yang cakap ambil 21 hari berhenti 7 hari lepas tu baru continue balik. So saya kurang faham macam mana cara pengambilan yang sebenarnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma anda, pil Yaz biasanya adalah pil perancang yang mengandungi 28 biji pil. Bagi pil kontraseptif yang mempunyai 28 biji pil, anda perlu mengambil pil ini setiap hari sehingga habis sebelum menyambung paket seterusnya. 7 pil terakhir tersebut biasanya tidak mengandungi hormon dan anda akan mendapat withdrawal bleed pada ketika ini.
Langkah terbaik adalah anda disarankan untuk membaca arahan pada pek pil YAZ ini sendiri dan ikut arahan yang dinyatakan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.