syikin

5 tahun

Cara rawat kutu rambut

Saya ibu mengandung 32 minggu, bolehkan Dr. bagitau cara rawat kutu rambut? Adakah ini akan bahayakan kandungan saya?

Dr Ilias Yee,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Langkah pertama yang boleh anda cuba adalah dengan menyikat rambut anda semasa rambut anda masih basah. Anda boleh membeli sejenis sikat khas untuk membasmi kutu di klinik atau farmasi.

Selepas itu, anda perlu membasuh rambut anda sepenuhnya dengan menggunakan syampu biasa. Tanpa mengeringkan rambut anda, gunakan sikat khas tersebut untuk mengeluarkan kutu dan telur-telur kutu daripada rambut anda.

Pastikan anda menyikat rambut anda dari pangkal hingga ke hujung rambut anda. Proses ini harus diulangi pada hari ke-5, ke-9 dan ke-13 dan ke-17.

Jika kaedah sikatan rambut tidak berkesan, syampu atau losyen yang mengandungi bahan semula jadi seperti dimethicone, minyak tea tree atau minyak kayu putih boleh digunakan untuk membasmi kutu.

Penggunaan syampu tersebut harus diulangi selepas 7 hari untuk membasmi kutu dengan sepenuhnya. Syampu yang mengandungi bahan semula jadi biasanya tidak akan membahayakan kesihatan anak anda.

Sila berbincang dengan pegawai farmasi atau doktor sebelum menggunakan syampu untuk memastikan bahawa syampu tersebut adalah selamat untuk digunakan.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, anda boleh menggunakan ubat anti-kutu yang mengandungi bahan aktif seperti:

  • Piperonyl butoxide dengan pyrethrins
  • Losyen Permethrin 1%
  • Spinosad
  • Dimethicone

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ramuan di rumah anda untuk menghapuskan infestasi kutu. Pertama, anda boleh mengunakan bawang putih untuk menghilangkan kutu.

Anda boleh membunuh kutu dengan hanya menambah 8 atau 10 ulas bawang putih ke jus limau. Kemudian sapukan campuran ini pada kulit kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas kulit kepala dengan air panas untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Jeli petroleum boleh digunakan dengan kombinasi minyak kayu. Tambahkan 15 hingga 20 titik minyak kayu putih dengan jeli petroleum dan sapukan pada kulit kepala anda.

Biarkan selama 7 hingga 8 jam. Sikat untuk menghilangkan kutu. Pastikan anda bilas kulit kepala anda selepas menyikat untuk mengelakkan rambut kering.

Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk hasil yang terbaik.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)