
Sulit
3 tahun
Cara untuk membuat abortion
Saya pregnant belum sampai 10 minggu lagi tpi saya nak buat abortion atas sebab saya masih belajar boleh tunjuk cara tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang cara menggugurkan kandungan. Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan undang-undang di Malaysia dan boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap.
Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi yang membolehkan anda menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Terdapat beberapa risiko pengguguran kandungan sekiranya dilakukan:
- Keguguran yang tidak sempurna (incomplete abortion) dan kemudiannya memerlukan pembersihan melalui pembedahan
- Pendarahan yang banyak
- Kehamilan akan terus berlaku sekiranya proses pengguguran gagal
- Risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim
- Ketidakselesaan perut
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.