Sulit
2 tahun
Cara untuk mengubati masalah gusi bengkak dan berdarah
Hi sy nak tanya macam mana cara untuk mengubati atau merawat masalah gusi berdarah.saya ada masalah gusi berdarah serta bernanah nak pergi berjumpa doktor pun susah musim pkp ni…sy ada ikut saranan untuk berkumur air garam tapi rasanye masalah gusi sy semakin teruk dari bengkak merah semakin lebam dan hitam tak sampai seminggu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang puan ajukan.
Kami memahami kegusaran anda namun, untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Kami tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Disarankan untuk anda segera ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.