
Sulit
3 tahun
Cara untuk mengugurkan kandungan awal
Saya masih belajar dan jika kandungan masih sebulan. Ada cara lain ke untuk saya gugurkan? Saya tahu postinur mungkin tidak berkesan. Jadi apa perlu saya lakukan di peringkat awal ini? Adakah jika ke klinik akan di berikan ubat untuk masalah sebegini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan atas nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Pemeriksaan komprehensif oleh doktor adalah diperlukan untuk mengenal pasti keperluan kandungan ini digugurkan. Sebaiknya anda merujuk lebih lanjut perkara ini secara langsung kepada doktor di klinik/hospital berdekatan. Hal ini kerana maklumat yang jelas dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui info lanjut tentang masalah ini, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih