
annaroseanna87
4 tahun
Cara untuk tambah selera badan
salam sejahtera. pesakit berumur 21 tahun.menghidap talasemia major beserta komplikasi hati.anak mata berwana kuning. Hilang selera makan.masalah berat badan turun mendadak.sangat kurus sehingga ke tulang. bolehkan doktor beri cadangan untuk tambah selera makan atau supplemen dan makanan yang sesuai untuk penyakit tersebut.tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai langkah untuk meningkatkan selera makan. Antaranya:
- makan makanan kegemaran anda
- makan makanan pada jumlah yang sedikit namun kerap
- makan makanan berkalori tinggi
- makan sarapan pagi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.