Sulit
4 tahun
Casual contact di mysejahtera
4mei2021 status mysejahtera sy btukar jdk casual contact. 5mei sy demam then declare yg sy ada simptom dkt mysejahtera tu. 7mei tu sy dh OK. Tp status dkt mysejahtera tak berubah smpi skg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk makluman anda, individu kontak kasual adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
Mengenai status tersebut, kami tidak tahu mengapakah status anda masih tidak berubah sehingga ke hari ini. Anda juga boleh mengemaskini gejala anda di MySejahtera untuk mengetahui status anda dan anda boleh berbuat demikian dengan mengetik ikon “Status COVID-19” dan mengisi segala maklumat yang diperlukan. Setelah itu, anda tekan tab “Profil” dan tekan butang “Muat semula” untuk mengemaskini status anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































