
Sulit
4 tahun
Cecair coklat keluar tetapi tidak datang haid
Hai, saya wa berumur 25 tahun. Tinggi saya 160cm dan berat saya 45kg. Seperti biasa setiap bulan saya akan datang haid, kdg cpt kdg hanya terlambat beberapa hari sahaja. Pada bulan januari ini sepatutnya saya datang haid pada awal bulan, tapi sampai hujung bulan haid saya masih tak datang. Tetapi pada awal bulan ini, faraj saya ada mengeluarkan cecair coklat selama seminggu. Cecair tersebut tidak berbau, Saya berasa risau dan saya pergi ke doktor dan doktor hanya memberikan saya pencuci dalaman wanita. Saya tidak pernah melakukan seks sehingga Memasukkan zakar ke dalam faraj. Hanya bermain di luar faraj sahaja. Saya masih dara. Sekarang cecair coklat itu sudah tiada. Hanyalah keputihan biasa sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami bendalir coklat yang keluar daripada faraj anda:
- Darah haid; darah haid boleh memberikan warna berbeza dari merah pekat sehingga coklat atau kehitaman
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari juga boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Penggunaan ubat-ubatan
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami dan maklumat lanjut serta pemeriksaan perlulah dilakukan oleh doktor supaya puncanya dapat dicari. Rawatan hanya akan diberikan oleh doktor berdasarkan diagnosis yang diberi.
Sila berjumpa dengan segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit perut
- Demam
- Terdapat cecair busuk atau nanah keluar daripada faraj anda
- Gatal-gatal di sekitar faraj
- Muntah-muntah
- Sakit ketika membuang air
- Kerap membuang air
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.