Sulit

2 tahun

Saya perlu pergi hospital atau klinik utk mengesan simptom keputihan yg sy hadapi?

Sy wanita dlm 20 an. Haid sy xteratur dan sejenis heavy flow. Period sy biasa dlm 10 hr. Sy jarang senggugut. Lepas tu…dlm masa 1-2 tahun, period sy lebih 15 hr…biasanye 20 hr dan pernah jd sebulan. Dikuti discharge keputihan + coklat Sy pergi ke klinik dan mgambil ubat yg diprekripsi Dr. Ubat xberkesan dan sy xpergi klinik lg krn waktu itu kes covid mula meningkat berganda ganda. Dlm waktu itu, sy craving berat dgn ais, stiap hr sy mkn ais dan sekarang mula berkurangan…tp terus berhenti bila tgok video Dr menjelaskan craving ais ade kaitan dgn anemic. Dan craving akan meningkat hingga sggup mkn pasir (dirt) kerana kekurangan iron dlm bdn. Sy fikir keadaan sy agak teruk sbb otak sy bg signal mkn pasir pun rasa sedap. Sepatutnya reaction yg normal adalah negatif tp sy rasa sebaliknye. Dan video tu ade kaitan dgn fibroid. Dan bila sy mkn coklat atau kopi, makin banyak abnormal discharge. Klu sy xmkn…dulu xde discharge tp sekarang kluar juga. Sy xtahu nk pergi mana…adekah lppkn atau klinik kerajaan biasa?

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, walaupun keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Bagi memudahkan pemahaman, keputihan boleh dicerakinkan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.

  • Keputihan fisiologi

Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.

  • Keputihan patologik

Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.

Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:

  • jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
  • ketidaksemibangan hormon
  • masalah kesihatan
  • gaya hidup yang tidak sihat

Untuk makluman anda, masalah haid tidak datang yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah Sindrom Polisistik Ovari
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)