Sulit
3 tahun
Cecair coklat ketika hamil
Sy lyn berumur 30thun pregnant 12weeks,sebelum ni sy pernah memakai pesari untuk hilangkan keputihan yg teruk tetapi selepas 2 hri memakai pesari keluar cecair coklat apakah itu normal atau berbahaya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami adalah ‘spotting’ atau pendarahan sedikit boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.