Sulit

2 tahun

Keluar lendir coklat selama 2 minggu diikuti dengan darah berwarna coklat dan darah berwarna merah

Saya berumur 24 tahun dan mengandungkan anak yang pertama. Semasa kandungan berusia 5 minggu saya aktif mengemas dan menghias rumah sehingga menyebabkan keluar sedikit lendir coklat selama 2 minggu selepas itu. Doktor memberitahu bahawa badan saya terlalu penat dan nasihatkan saya untuk banyak berehat kerana bimbang kandungan akan terancam dan boleh berlaku keguguran. Selepas 3 minggu, saya berjumpa doktor untuk melihat perkembangan kandungan saya. Alhamdulillah sudah kelihatan janin dan jantung di minggu ke 8 tetapi beberapa hari sebelum berjumpa dengan doktor, keluar sedikit darah berwarna coklat dalam kuantiti yang sedikit dan doktor hanya nasihatkan untuk banyak berehat sebelum tiba masa untuk buka buku “pink” di klinik kesihatan. Beberapa hari selepas berjumpa doktor, keluar pula darah berwarna merah dalam kuantiti yang sedikit. Saya meminta tolong pada jiran sebelah rumah untuk melihat keadaan saya kerana makcik tersebut adalah seorang bidan dan tukang urut dan pada waktu itu kami tiada kenderaan untuk ke klinik atau hospital. Suami pula sedang bekerja di luar kawasan. Jadi saya hanya meminta tolong jiran tersebut untuk melihat keadaan saya dan makcik tersebut memberitahu bahawa peranakan saya agak rendah. Dia dapat rasakan di bahagian perut saya bahawa uri dan janin berada terlalu bawah daripada tempat yang sepatutnya. Dia memberitahu lagi bahawa janin telah menghimpap uri tersebut dan disebabkan itu berlakunya pendarahan. Keesokkan hari nya saya sudah tidak mengalami pendarahan cuma lendir coklat masih keluar. Adakah saya berisiko untuk keguguran? Kerana lendir coklat tersebut masih keluar sehingga kini. Dan patutkah saya ke hospital? Kerana jika saya ke klinik, jawapan doktor tetap sama. Hanya meminta saya berehat.

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat yang berpanjangan.

Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat atau kehitaman, boleh disebabkan oleh:

  • Gangguan stress
  • Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD

Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:

  • Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
  • Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
  • Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim

Memandangkan anda sedang hamil, disarankan untuk segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana setiap pendarahan waktu hamil boleh membawa kesan buruk.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_288115487

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)