Sulit
2 tahun
Cecair keruh dari zakar
Saya lelaki berumur 18… saya pernah keluar cecair keruh ketika kencing… cecair tu tak likat… masa kali pertama keluar selepas habis kencing… lepas ii dari tu keluar semasa mula kencing(kira ikut sekali)… bau dia sikit hanyir la… bila kali pertama tu pelik kenapa tiba ii keluar cecair tu… risau pon ade… boleh jelaskan ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan masalah anda, kami memahami bahawa anda risau akan gejala kencing kotor dan berbau hanyir. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing yang anda alami boleh berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyahhidratan (Kekurangan minuman air)
- Masalah batu karang
- Jangkitan kuman pada saluran air kencing
- Masalah buah pinggang
Ini adalah punca secara umum bagi masalah yang anda terangkan. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah ini dan seterusnya mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan pakar kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).