Sulit
4 bulan
Adakah vaksin demam denggi hanya untuk mereka yang pernah mendapat jangkitan denggi sahaja?
Hai doktor, saya ada soalan. Saya belum pernah dijangkiti demam denggi jadi boleh ke saya mengambil vaksin demam denggi atau pun vaksin demam denggi itu hanya untuk individu yang sudah pernah dijangkiti sahaja?
4 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Tidak, individu yang tidak pernah dijangkiti juga digalakkan untuk mengambil vaksin demam denggi untuk mengurangkan risiko daripada jangkitan demam denggi. Individu yang sudah dijangkiti juga boleh mengambil vaksin ini untuk mengelakkan risiko jangkitan demam denggi yang lebih serius. Ini keranan individu yang sudah dijangkiti boleh dijangkiti lagi oleh varian denggi yang lain. Jadi, ambillah vaksin sebagai langkah pencegahan awal demam denggi. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.