Sulit
4 bulan
Adakah vaksin Dengvaxia selamat digunakan kalau saya mengalami denggi?
Salam sejahtera doktor, adakah vaksin Dengvaxia selamat digunakan kalau saya mangalami denggi?
4 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Keputusan tentang keselamatan Dengvaxia sedang diperdebatkan dan dinilai secara berterusan di kalangan komuniti perubatan dan pihak berkuasa kesihatan. Keselamatan dan keberkesanan vaksin ini boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, status imunisasi sebelumnya, dan faktor-faktor lain.
Kajian awal menunjukkan bahawa Dengvaxia boleh memberikan perlindungan terhadap demam denggi kepada individu yang telah terdedah kepada virus denggi sebelum ini. Walaubagaimanapun, beberapa isu keselamatan telah dikenal pasti, terutamanya berkaitan dengan risiko jangkitan yang lebih teruk pada individu yang belum terdedah kepada virus denggi sebelumnya. Oleh itu, vaksin Qdenga adalah pilihan terbaik untuk ramai kerana keberkesanan dan keselamatan yang lebih baik berbanding Dengvaxi.
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.