Sulit
4 bulan
Apakah vaksin demam denggi yang digunakan di Malaysia?
Hai doktor, mengikut pengetahuan saya terdapat dua jenis vaksin demam denggi sekarang. Jadi, vaksin demam denggi yang manakah digunakan di Malaysia?
4 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Setakat ini, hanya Qdenga sahaja vaksin demam denggi yang digunakan dan diluluskan di Malaysia. KKM meluluskan penggunaan vaksin ini pada 8 Februari 2024 dan vaksin ini selamat untuk digunakan untuk individu berumur 4 tahun ke atas.
Buat masa sekarang hanya syarikat DoctorOnCall yang menawarkan perkhidmatan vaksinasi Qdenga ini. Anda boleh mendapati vaksin ini di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Johor Bahru
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.