Sulit
12 hari
Adakah vaksin Qdenga berkesan untuk mencegah demam denggi?
Selamat sejahtera doktor. Pada bulan lepas saya baru sahaja sembuh daripada demam denggi. Untuk mengelak daripada terkena jangkitan denggi lagi, adakah vaksin Qdenga berkesan untuk mencegah daripada demam denggi?
12 hari
Selamat sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Ya, pakar kesihatan menyambut baik kelulusan Malaysia terhadap vaksin denggi Qdenga Takeda yang berkesan 84.1% dalam mencegah kemasukan pesakit denggi ke hospital, yang mana ia menunjukkan bahawa vaksin Qdenga berkesan untuk mencegah demam denggi di Malaysia.
Berdasarkan Dr. Musa Mohd Nordin, seorang pakar pediatrik, Kumpulan Penasihat Strategik Pakar Imunisasi (SAGE) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan penggunaan vaksin denggi Takeda tanpa penapisan pra-vaksinasi. Selain itu, Profesor Emeritus Dr. Lam Sai Kit, seorang ahli virologi dan penyelidik konsultan di Universiti Malaya dan ahli senior di Akademi Sains Malaysia mengulas, "dari segi keselamatan, vaksin Qdenga telah diterima baik secara amnya dan tiada risiko keselamatan serius yang dikenal pasti dalam Kajian Keberkesanan Denggi (TIDES) yang telah dijalankan."
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.