Sulit
5 bulan
Bolehkah individu yang sudah dijangkiti denggi mengambil vaksin ini?
Hai doktor, saya sudah pernah dijangkiti demam denggi, jadi bolehkan saya mengambil vaksin Qdenga ini?
5 bulan
Hai salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin ini boleh diberikan sama ada individu tersebut sebelum ini pernah mengalami demam denggi atau tidak, tujuannya untuk melindungi diri dari jangkitan denggi yang lebih serius.
Individu yang telah pulih daripada demam denggi disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum menerima vaksin demam denggi.
Vaksin ini selamat untuk digunakan, dan seperti mana-mana ubat lain, Qdenga boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi tidak semua orang mengalaminya. Kesimpulannya, kesan sampingan biasa termasuk kesakitan di tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot, dan sebagainya. Kesan sampingan ini kebanyakannya akan pulih dengan sendirinya dalam masa 1-3 hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.