
mondjoe87
5 tahun
Cedera pada kemaluan ( Zakar )
Saya Berumur 20 tahun. Baru-baru ini saya mendapati ada luka pada bahagian hujung bawah zakar saya. Ianya seakan luka yang dihiris oleh pisau kecil. Saya berasa pelik sebab saya risau saya dihadapi sebarang penyakit berjangkit. Akan tetapi saya tidak pernah menjalankan atau mengadakan hubungan sosial seperti seks dan sebagai nya, Olej iarap tuan dapat menjawab pertanyaan saya ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tercedera semasa mencukur
- Alahan kulit pada material kain
- Penyakit kelamin
- Tidak menjaga kebersihan kawasan sulit
- Perengsa kimia seperti sabun mandi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.