
Sulit
3 tahun
Cepat berasa cemas diikuti dengan gangguan fizikal seperti kesukaran bernafas
Saya masih lgi student di sebuah ipta dan berusia 20 thn. Saya seringkali merasa cemas yg melampau terutamanya jika melibatkan org awam seperti presentation. Tapi perkara ni bukan kali pertama berlaku, sejak dri bangku sekolah lagi saya akan kaku di depan org ramai. If bercakap pun, nafas sy akan tercungap cungap dan sering jadi bahan jenaka kawan2 yg lain smpai lh skrg . Tak kira di mana pun sy mudah berasa cemas. Walaupun cuma prgi kedai, jantung sy berdegup dengan pantas dan sy sudah berhenti kerja part time di sebuah restoran sbb malu dgn diri sndiri yg kadang2 shaking dgn tiba2 depan customer.
Walaupun sekarang belajar melalui atas talian, keadaan saya masih sama. Tapi baru-baru ni jadi lebih extreme dimana saya berasa cemas dlm tempoh masa yg agak lama. Dada saya juga berasa sgt berat untuk bernafas. Kadangkala ia menyerang tanpa sebab dan mengganggu saya untuk fokus terhadap sesuatu benda. Boleh dr bagi penerangan tak sbb saya tak pernah rujuk mana2 pihak sebelum ni walaupun sudah lama berlarutan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengubungi kami.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala cemas yang boleh disertai gejala kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala cemas atau sulit berkata-kata ketika di kawasan awam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- gangguan fobia
- speech jitters - cemas ketika berucap atau bercakap di khalayak ramai atau ketika berada di titik perhatian,
Namun begitu, gejala tersebut yang disertai gejala kesukaran bernafas juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- serangan panik
- generalized anxiety disorder
- post-traumatic stres disorder
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar Psikiatri.