andy
6 tahun
Cepat pancut air mani
saya lelaki berumur 20 tahun sering melakukan masturbation sejak saya umur 13 tahun. 2 hari yang lepas, ketika saya melakukan masturbation, saya mendapati bahawa saya cepat klimaks dan cepat pancut lebih kurang 1 minit. Saya sangat takut mengalami sebarang penyakit dan berhenti melakukan perbuatan masturbation. Saya tidak mempunyai tabiat merokok dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Adakah saya mengalami sebarang penyakit sebab saya baru berusia 20 tahun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Mengurangkan kekerapan masturbasi.
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































