
clashroyale3712
5 tahun
Cepat tewas dan kurang dapat “morning wood”
Doktor saye nak tanye , saye baru kahwin ,hubungan intim saye dengan isteri tak sampai 5 minit . Adakah itu tanda mati pucuk ?
Dan sebelum kahwin saye agak jarang dapat morning wood , kalau dpaat pun tak macam masa muda² dulu tak tegang sangat .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ‘mati pucuk’ ini boleh disebabkan:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Antara langkah menangani isu ini ialah dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubatan
Hubungan kelamin untuk tempoh 5minit boleh berkait atau tidak berkait dengan masalah ejakulasi pramatang. Masalah ini bermaksud, ejakulasi dalam tempoh atau kurang dari satu minit setelah penetrasi.
Untuk pengambilan ubat-ubatan, anda perlu mendapatkan preskripsi dahulu kerana status kesihatan anda perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.