Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cervical Lymphadenopathy

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 21, 2021 9:52 AM

Sulit 43 hari

Saya remaja berusia 18 tahun, mempunyai bengkak di leher bahagian kiri ketika Tingkatan 1 tetapi tiada tumbuh biji kelenjar waktu itu. Dan sekarang ketika 18 tahun leher saya bengkak semula dan kali ini tumbuh biji2 di dalam leher di bahagian bengkak. Mempunyai simptom lemah badan, panas badan, selera makan kurang sejak 2/3 hari ini, selalu berasa loya dan sering demam selama 2 minggu ini. Biji2 kelenjar tu makin lama makin besar dan tumbuh yang baru. Mata belah kiri saya juga terasa sakit apabila digerakkan dan tiada tumbuh kelenjar di bahagian lain sprti di bawah ketiak. Saya allergic pada kucing dan saya akan selesema dan gatal hidung lepas bermain kucing. Saya juga kerap bermain kucing. Tidak kira kucing di rumah atau kucing jalanan.

Bengkak ni membuatkan saya sukar untuk belajar menghadap laptop utk masa yang lama dan sakit apabila menoleh ke kiri dan kanan. Darah dan tekanan normal, paru2 juga normal. Dan saya diberitahu ini adalah penyakit cervical lymphadenopathy. Adakah saya perlu menjalani pembedahan? Boleh doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  1. Penyakit hipertiroid
  2. Lymphadenitis
  3. Lymphadenopati
  4. Kanser leher
  5. Kista leher

Untuk makluman anda, badan kita mempunyai sistem pertahanan yang terdiri daripada sistem limfatik. Kelenjar limfa atau nodus limfa (lymph node) adalah sebahagian daripada sistem ini. Semasa jangkitan, kanser atau penyakit seumpamanya- nodus limfa akan bertambah besar dan dapat dirasai di bawah kulit. Umumnya, kita menggunakan istilah limfadenopati (lymphadenopathy) untuk kejadian ini. Oleh itu, cervical lymphadenopathy bermaksud pembengkakan kelenjar di leher. Kita juga mempunyai nodus limfa di bahagian aksila (ketiak), inguinal (celah paha) dan juga abdomen.

Oleh itu, sebelum mengambil sebarang tindakan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak

Dikemaskini pada: Thu Oct 21 2021 09:52:30 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Telinga, Hidung & Tekak tentang ENT secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19