
Sulit
5 tahun
Chalazion tak pernah pulih
Saya seorang wanita berusia 22 tahun. Saya mempunyai chalazion pada kelopak mata saya sejak 2018. Saya dah follow up di hospital dan doctor minta utk saya buat warm compress dan dia berikan saya sejenis ubat sapu utk saya sapu di dalam kelopak mata. Tetapi bengkak mula hilang tapi size chalazion saya tak berubah. Saya berjumpa doctor sebanyak 3 kali dan ia masih tiada perubahan. Saya berhenti jumpa doctor saya di kerana saya berpindah. Tapi lately ni chalazion saya mula bengkak semula dan size ia besar sedikit compare dulu dan ia rasa tak selesa. Apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, chalazion adalah ketulan yang terbentuk akibat penyumbatan dan pembengkakan kelenjar minyak pada kelopak mata.
Antara penanganan awal yang boleh dilakukan untuk merawat chalazion adalah:
- Kompres panas dengan cara rendam kain lap bersih dalam air panas, perah, kemudian letak di kelopak mata anda selama 10-15 menit. Ulangi sehingga 3-5 kali sehari.
- Jangan picit atau cucuk chalazion itu
Seandainya dengan langkah diatas masih belum membaik, maka mungkin terdapat masalah lain yang menghinggapi. Maka, adalah dinasihatkan untuk anda mengunjungi doktor bagi mendapatkan rawatan tambahan seperti antibiotik sekiranya terdapat jangkitan, steroid untuk mengurangkan keradangan dan sekiranya masih buruk, mungkin dapat dirujuk ke doktor pakar untuk ditentukan apakah perlu dilakukan pembedahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.