
Sulit
3 tahun
Check upt lepas 2 minggu bersama boleh ka?
Bulan 6 sebulan saya tidak dtg period, cuma bulan 5 last period sy tak ingat tarikh. Sy hanya ingat tarikh last bersama suami pada bulan awal minggu pada bulan 6. Jadi bilakah saya boleh check upt. Sy ada tanda2 macam hamil, sy mual, pening, craving, cramp perut, beremosi, kerap sendawa tapi tiada spotting darah. Adakah normal dr? Hrp dr boleh jawab.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, ujian UPT boleh digunakan kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlepas. Mengikut simptom-simptom yang anda alami, ada kemungkinan untuk anda hamil walaupun tiada tompokan darah. Ini kerana tanda-tanda kehamilan bagi setiap wanita adalah berbeza.
Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.