Sulit
2 tahun
Chlymidia STD perempuan
doktor,chlymida sy 6.9 herpes 1 IGG, still nyeri dan gatal pada kulit vagina, bole ka metronidazole bole menghilangkan gatal pada kulit vagina… dan ubat herpes + sulphamethoxazole bole ka campur minum.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda mengalami jangkitan chlamydia dan herpes dan mempunyai gejala kegatalan pada kulit faraj. Anda ingin mengetahui jika anda boleh menggunakan ubat metronidazole dan ubat herpes + sulphamethoxazole. Kami akan cuba membantu anda.
Sebaiknya anda merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil sebarang jenis ubat-ubatan kerana penggunaan ubat yang salah boleh mengeruhkan jangkitan anda. Secara umumnya, antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan chlamydia. Antibiotik yang biasa digunakan adalah doxycycline atau azithromycin. Manakala jangkitan herpes pula dirawat menggunakan antiviral seperti acyclovir. Anda tidak patut campur ubat tanpa nasihat doktor kerana interaksi sesetengah ubat boleh membawa kesan sampingan.
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.