Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cirit birit anak saya

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 30, 2019 10:22 AM

norazatahmad 10 bulan

Anak saya 3tahun 7bulan…start mlm td smpai skg kena cirit 4x … Najis berbau dan cair.skg dia tibe2 naik demam…pe sbb ya. Smlm mkn dr mknan yg sy msk,nasi grg…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cirit birit pada anak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan virus
  • Alahan makanan
  • Minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
  • Selsema
  • Antibiotik
  • Keracunan makanan
  • Kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)

Seandainya anak anda mulai lemah, kurang aktif, muntah-muntah serta tidak lalu makan, dan gejala tambahan lain, sebaiknya segera dibawa ke doktor untuk dirawat lanjut kerana dikhuatiri terjadi dehidrasi akibat berak berterusan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 30 2019 10:22:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Bayi 3bulan susah buang air besar Bayi saya berusia 3bulan, sebelum ni buang air besar normal sahaja. Setiap hari mesti buang air besar. Sekarang dah kurang dan saya tengok dia akan meneran seperti hendak buang air besar. Menera… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Baby buang air besar kerap Hi doctor, Baby saya umur 4 bulan kerap buang air besar pada hari ini. Mula berlaku pada hari ini. Dia mula buang air besar pada jam 2.30am pagi tadi sehingga jam 5.00pm ptg ni sudah 4 kali. Ad… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Ruam merah seluruh badan Hai doktor, saya dapat 2 org anak saya yg berumur 10 tahun dan 6 tahun mempunyai ruam merah seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. Anak umur 10 tahun ada gejala demam sblm muncul ruam sel… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Susu bayi fresh milk Anak saya berusia 2 tahun dan sekarang minum susu fresh milk… persoalannya… bolehkah susu fresh milk yg sejuk (dlm petiais) dipanaskan (bagi suam) untuk anak minum… Baca lagi...
25 hari
Sulit
Anak pendek 138cm darjah Lima Saya rasa anak saya kurang kalisum Baca lagi...
11 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi