
nbaeyah11
5 tahun
Cirit birit dah muntah2
Saya wanita berusia 22 tahun .sya dah mengalami sakit perut, muntah2, dah cirit birit selama 3 hari .sya sudah membuat pemeriksaan di klinik dah diberi ubat tapi sakitnya masih tidak elok. Badan sya juga lesu dan tidak bermaya, selera makan juga makin berkurang. Sya masih tidak tahu punca sya sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit biasanya boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Jangkitan bakteria
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan anda telah mendapatkan rawatan namun tidak berkurangan, adalah disarankan agar anda merujuk kembali ke klinik jika tidak berkurangan. Namun, sesetengah penyebab sememangnya mengambil sedikit masa untuksembuh. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih