
Anonymous
5 tahun
Cirit Birit / diarrhea
As’salammualaikum Dr, saya berumur 25 tahun. Saya nak tanya adakah normal jika mengalami cirit birit selepas setiap kali minum susu kambing? Atau saya ada alergik susu? Setiap kali selepas minum susu kambing, saya akan mengalami cirit birit. Saya amalkan susu kambing disebabkan saya alami gastrik yang teruk. Jadi saya tiada pilihan untuk tidak minum susu kambing, kalau tak minum, saya gastrik tapi kalau minum saya diarrhea pula… macam mana ya Dr?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan anda tidak serasi dengan susu kambing tersebut. Sesetengah orang sememangnya mengalami masalah atau intoleransi terhadap susu.
Untuk merawat gastrik anda saya sarankan agar anda bercakap dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Selain itu penjagaan diri seperti kurangkan makanan yang pedas, mengurangkan stress dan menjauhi rokok juga boleh membantu.
Terima kasih.