
Sulit
5 tahun
Cirit birit,sakit perut
Hai…saya lelaki berumur 22 tahun…pagi tadi saya makan nasi goreng slmlm buka puasa pnya…pagi saya nk sahur nasi okk…tapi hujung² ada bau …lepaih saya stop mkn tiba² sakit perut …ada saya mengalami keracunan makanan…mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Oleh kerana anda sakit perut sejurus sahaja anda habis makan, kemungkinan untuk anda mengalami keracunan agak tipis kerana ianya berlaku terlalu cepat. Sekiranya makanan tersebut anda makan beberapa jam atau sehari sebelum, berkemungkinan ianya keracaunan makanan.
Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Acute gastroenteritis
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.