Sulit
2 tahun
Cirit birit selepas sembelit
saya wanita berusia 17 tahun. saya mengalami masalah sembelit sudah untuk beberapa minggu. perut sentiasa kembung dan mual selepas… saya juga mengalami sakit perut dan sukar untuk membuang hadas besar. saya buang hadas besar kira kira 1 kali seminggu tetapi mengalami kesulitan kerana sembilit. pagi tadi , saya merasai sakit yang sangat di bahagian kanan bawah perut(tidak pasti di bahagian mana). sentiasa sakit perut tapi sukar mengeluarlan najis. pada mulanya sembilit , kemudian selepas beberapa saat , saya mengalami cirit birit. adakah normal sembelit disusuli dengan cirit birit?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Secara umum, sembelit yang diiringi gejala cirit birit biasanya dikaitkan dengan gangguan saluran pencernaan yang memerlukan rawatan. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- keracunan makanan
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).