
nurhh32
4 tahun
Cirit birit semasa mengandung
Saya sedang mengandung
22 minggu. Sy alami cirit birit sejak semalam. Tp tak teruk sgt. Td saya bancuh dan minum hidrasec ubat cirit birit anak saya. Tp sy bimbang jika ubat ini ada kesan xbaik pada kandungan. Mohon penjelasan doctor. Tq ye

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hidrasec merupakan ubat yang digunakan untuk merawat masalah cirit birit. Buat setakat ini, belum ada data yang mencukup menunjukkan samada ubat ini selamat ataupun tidak digunakan oleh ibu mengandung. Oleh itu, anda sebaiknya mengelakkan daripada mengambil ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan ubat alternatif ataupun merujuk (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.