Sulit
4 tahun
Close contact dan casual contact
Rakan serumah saya positif covid-19… saya dapati status di MySejahtera saya adalah casual contact .manakala, rakan serumah yang lain ialah closed contact.
Adakah ini biasa???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan dan kemusykilan anda mengenai status yang terpapar di dalam aplikasi MySejahtera dan rakan serumah yang positif. Namun begitu, kami kurang pasti mengapa aplikasi tersebut memaparkan status anda berbeza dengan rakan serumah yang lain.
Anda digalakkan untuk mengemaskini “Status COVID-19” di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kontak dan juga risiko. Selain itu sila pantau kesihatan diri anda dan sekiranya anda mengalami sebarang gejala, sila pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































