
Sulit
4 tahun
Consume folic acid semasa period
Hi saya wanita berumur 25tahun. Merancang utk hamil. Nak tanya bolehkah consume folic acid semasa period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ya, anda boleh mengambil folic acid ketika haid. Hal ini tidak menjadi masalah kerana ia merupakan suplemen bagi mempersiap diri anda untuk kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih