Sulit
2 tahun
Consume sarang burung
saya mengandung sudah 6 bulan, boleh kah saya mengamalkan sarang burung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keinginan anda untuk mengambil sarang burung sebagai makan tambahan semasa hamil. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sarang burung dipercayai mempunyai khasiat yang banyak tetapi masih terdapat data atau statistik yang terhad untuk menunjukkan sama ada sarang burung memberikan kebaikan dari segi kesihatan kepada ibu hamil dan kandungannya.
Selain itu, kami sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan berbincang bersama dengan doktor mengenai hasrat anda untuk memastikan sama ada anda boleh mengambil sarang burung tersebut.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.