
zaidi
5 tahun
Covid 19 - Berhubung dengan peserta Ijtimak Sri Petaling
Salam sejahtera,
Pada 7hb Mac lepas kami ada buat gathering seramai 14 orang. Salah sorangnya adalah Jemaah tabligh yang berada di ijtimak Sri Petaling.
Pada 11hb Mac saya mempunyai gejala berikut:-
- Sakit kerongkong
- Suara mulai serak
- Suhu badan sekitar 36.5 C
- Sakit kepala ringan dan diare.
Tetapi sekarang sudah tiada gejala seperti di atas cuma gatal tekak sesekali dan tidak pernah demam setakat ini.
Untuk maklumat sahabat yang pergi ijtimak tersebut masih belum membuat pemeriksaan dan kami tidak tahu status nya. Saya telah bertemu ramai orang dalam masa tersebut.
Apakah langkah yang perlu saya lakukan. Perlukah saya membuat pemeriksaan di hospital? Jika saya mengisi Assess Your Risk jawapannya Risiko Adalah Minima disebabkan saya memilih “behubung rapat dengan pesakit COVID-19” sebagai "Tiada"kerana saya masih tidak tahu beliau positive atau negative.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya ambil maklum bahawa anda berhubungan rapat dengan seseorang yang menghadiri majlis tabligh di sri petaling. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, masalah sakit tekak boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti
- Jangkitan bakteria atau virus
- cuaca panas
- radang tonsil
- dehidrasi
Buat masa ini, pihak hospital hanya mendahulukan mereka yang berisiko tinggi untuk menjalani ujian saringan kerana terlalu ramai yang masih perlu diperiksa dengan lanjut. Anda disarankan untuk memantau gejala COVID-19 yang lain dan jika keadaan semakin meneruk, anda perlu hadir ke klinik untuk mendapakan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca diatas.
Sebagai sahabat juga, anda dan sahabat-sahabat kepada rakan yang menyertai majlis agama tersebut disarankan menasihati nya untuk hadir membuat pemeriksaan dan ujian saringan kerana dikhuatiri jika positif anda serta keluarga sahabat atau kontak rapat yang lain berisiko menghidap jangkitan tersebut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini