Sulit
5 tahun
Covid 19 kuarantin , test result negative
Saya dah buat test Covid 19 & result negative, tapi i got letter from my company ask me untuk pegi KKM ambik surat kuarantin & wristband. perlu ker sy d kuarantin sedangkan test result negative.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda tentang kuarantin. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdahulu, kuarantin tidak diwajibkan untuk individu NEGATIF ujian saringan COVID-19. Akan tetapi, berikutan laporan dari pihak KKM berkenaan kewujudan varian baharu bagi virus COVID-19 akhir-akhir ini, beberapa individu yang dijangkiti varian baharu dan menjalani saringan awal didapati negatif wabak itu. Namun, melalui individu tersebut tersebarnya jangkitan kepada orang lain.
Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































