
iskandarazman49
5 tahun
Covid 19 saya sudah lakukan ujian saringan covid 19 apa bila menunjukan simptom batuk dan demam dan telah di sah kan negatif
saya mengalammi masalah mempunyai tanda tidak selesa pada leher nak dikatakan sakit tekak tidak kerana saya tidak mengalami sakit apabila menenlan atau pun bercakap rse tidak selesa apabila saya melakukan pergerakn menunduk kepala kebawah akan rse mcm tidak selesa pada kawan leher bahagian depan iautu kawasan halkum tu adakah saya dibenarkan utk mendapat rawatan harian sbb saya maasih ade tempoh kuanrintin 14 hari tetatpi result keluar saya negatif covid19 atau saya perlu melakukan sarimngan lagi semula

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
postur yang tidak baik,
ketidakseimbangan otot,
kekurangan stabiliti otot tengkuk,
kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.
- hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.