
Sulit
3 tahun
Cramp perut kanan hamil 6 bulan
Sy wanita 29tahun… pregnant anak yg ke4…dan kandungan sy 6bulan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, kekejangan pada bahagian abdomen semasa kehamilan adak perkara yang agak normal dan tidak perlu dirisaukan. Namun, ada kalanya kekejangan ini memerlukan rawatan daripada doktor, antaranya :
- Masalah sembelit
- Braxton-Hicks contraction
- Masalah kencing kotor
- Jangkitan pada sistem reproduktif
- Kelahiran prematur (pre-term labor)
Sekiranya anda mengalami kekejangan abdomen yang berpanjangan atau terlalu kerap, kami menyarankan anda untuk ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Anda boleh berhubung dengan pakar sakit puan kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan.