
Sulit
4 tahun
Cuai, kurang fokus, panas baran
Hi doktor. Ada beberapa perkara yg merisaukan dlm diri sy
Cuai - Saya kerja mengikut deadline. Bila dh submit, kadang mst ada yg sy missed out. Sy cuai wlwpun dah double check
Kurang fokus ketika kerja - mata menghadap kerja, tetapi sambil buat kerja fikiran melayang. Cuba fokus tp sekejap je lepastu fikir benda lain.
Kurang fokus memandu - hampir terlanggar org wlwpun sy pandang depan. Rasa fikiran kosong
Darah gemuruh - bila timbul issue dlm kerja, bos panggil automatik sy gemuruh, gementar, menggeletar badan. Bila bercakap dgn bos pun ayat sy mcm tak teratur. Saya juga akan rasa malu sbb ada org lain disekeliling. Malu dimarahi dgn teruk dn fikir yg org lain akan mengata sy. Mkna lain sy overthinking.
Malu - boleh kata sy seorang yg pendiam. Kdg org tanya, sy jawab sepatah. Sy tak pandai berbual. Sy cuba utk friendly tp sy ada masalah overthinking. Takut sy friendly org fikir sy gedik atau over. Bila bercakap sy elak utk berpandangan mata. Tak kisah dgn org yg sy rapat atau tak. Bila jumpa kawan2 lama mereka mst tanya “knp skarang senyap je. Dlu kau banyak cakap”
Lambat pickup - semakin meningkat umur semakin rasa diri ni slow learner. Smpai menangis semasa diajar sbb rasa mcm “bodohnya aku. Benda senang kenapa susah nak pickup”. Tak boleh fokus wlwpun cuba sedaya utk fokus.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini. Terima kasih.