
Sulit
4 tahun
Cuba Kenal pasti apakah sakit yang melanda diri ini
Saya ibu ank 3…berusia 29tahun…sejak akhir2 ini saya mengalami sakit pinggang dan perut yg terlampau sangat.kadang2 rasa nyeri di bahagian celah kangkang dan punggung.bulan 12 saya dtg bulan pada 24hb tapi pd 21hb 1 saya keluar darah berwarna coklat sedikit… Lepas beberapa jam kluar darah pula berwarna merah jambu dan tak seperti haid saya yg sebelom2 ni… Darah kluar slama 6hari… Berwarna coklat/merah jambu…Saya syak mengandung dan buat upt tapi hasilnya negatif…sakit belakang sakit perut setiap hari buat saya tak selesa… apakah yang sebenarnya berlaku pada saya… Harap doktor dapat membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid yang sakit, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Tekanan emosi atau stres
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang dinadapi oleh anda. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kerana pemeriksaan lanjut haruslah dibuat untuk mengetahui masalah yang dialami oleh anda. Rawatan pula akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi oleh doktor.
Sebagai maklumat tambahan, warna darah haid boleh berubah-ubah dari merah hinggalah ke coklat. Ini adalah normal dan ia bergantung dengan aktiviti anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.