
Sulit
3 tahun
Cyst semasa pregnant hilangkan cyst
Cyst semasa pregnant boleh hilang dengan sendiri atau ada ubat yang boleh bantu untuk hilangkan cyst nie

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut keterangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika sista ovari semasa kehamilan boleh hilang dengan sendiri dan ubat-ubatan untuk hilangkan sista. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sista ovari pada awal kehamilan adalah sesuatu perkara yang biasa berlaku dan tidak perlu dirisaukan kerana kebiasaanya, kebanyakan sista ovari akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Namun, ada kalanya sista ovari boleh membesar semasa hamil dan boleh mengundang komplikasi seperti sista ovari pecah (ovarian cyst rupture) dan terkilas (ovarian torsion) dan ini boleh menyukarkan kehamilan. Rawatan untuk sista ovari semasa kehamilan biasanya tidak diberikan kecuali untuk perkara-perkara tertentu. Pembedahan boleh dilakukan untuk mengeluarkan sista tetapi ia tidak dijalankan kecuali jika perlu. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui secara lanjut mengenai rawatan untuk sista ovari. Anda boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.