Sulit
3 tahun
Dada belah kanan ada bonjolan di bahagian puting
Hi doc,saya lelaki berusia 26 tahun. Sejak setahun saya mendapati ada seperti bonjolan sebesar duit 50 sen di bahagian puting di dada saya…apakah maksud nya doc…boleh doc memperjelaskan saya apa itu kanser atau sebaliknya…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara atau puting boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
Walaupun masalah yang berkaitan dengan payudara sering dikaitkan dengan golongan wanita terdapat peluang untuk golongan lelaki untuk mengalaminya. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih