Sulit
4 tahun
Dada ketat, berasa penat semasa bernafas dan hidung sumbat
saya berusia 31 tahun. setelah 5 hari di vaksin Si**vac pada 21/7/21 sy mengalami nafas tak lepas ketika terjaga dari tidur pukul 1.30 pagi pada 25/7/21 . jantung normal 77 beat. selepas bangun dari tidur pukul 8 pagi, jantung saya mula laju pada 128 beat. sy telah pergi ke hospital untuk rawatan.
- ecg-ok
- xray- pheunomia
- scan jantung-normal
sy sudah abis mkan ubat antibiotik dan xray sudah clear. tapi masalah dada ketat, nafas penat dan hidung sempit masih terjadi tidak kira waktu (terjadi dalam 30minit) dan sy tidak boleh tidur mengiring atau tanpa bantal. sy hanya boleh tidur bantal tinggi. sekarang physician memberi ubat NEXIUM 40MG (ESOMEPRAZOLE). apakah saya patut refer kepada doktor bahgian lain seperti respiratory atau psikologi. sy risau disebabkan vaksin kerana saya seperti mahu tangguh dos kedua pada 11/8/21. mohon nasihat daipada doktor. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah dada ketat, nafas penat dan hidung sempit. Anda juga tidak boleh tidur mengiring tanpa bantal. Anda telahpun berjumpa dengan doktor dan diberi ubat Nexium 40mg. Kami akan cuba membantu anda.
Melihat pada masalah anda, kemungkinan anda mengalami masalah pada sistem pernafasan anda. Namun kami tidak dapat memberikan kepastian tanpa maklumat lanjut dan sejarah perubatan anda. Gejala yang anda alami boleh juga disebabkan oleh masalah jantung. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor perubatan untuk mendapatkan diagnosis yang sebenarnya serta rawatan yang berpatutan.
Sekiranya masalah ini masih berterusan, anda mungkin perlu menangguhkan suntikan dos kedua anda selepas kesihatan anda pulih. Hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih terperinci.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.






























