
Sulit
4 tahun
Dada rasa sakit dan lemah
Hi doktor saya nak tanya, saya berumur 25 tahun. Sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah lemah dada dalam beberapa saat, tengkuk rasa tegang hingga bahu saya rasa lenguh, dan saya juga kerap rasa loya. Adakah ini punca masalah jantung? Atau penyakit lain? Setiap hari saya check BP dalam 113-120. Sebelum ni saya ada masalah otot pada bahagian dada, tapi saya dah jumpa doktor, doktor kata tak ada apa yang serious. Saya cuma bimbang apa yang saya alami sekarang berpunca dari jantung.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada dan antaranya ialah:
- Tekanan dan kegelisahan
- Ketegangan otot
- Trauma
- Asma
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Radang tulang rusuk
- Bronkitis kronik
- Radang hempedu
- Serangan jantung
- Infarksi miokardium
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat punca sakit dada anda. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi