
Sulit
4 tahun
Dalam badan terasa panas tetapi tidak demam
Badan terasa panas di dalam tetapi suhu bawah 37 darjah. Tidak selesema, batuk atau sakit tekak. Saya baru pulang dari Sabah. Adakah ini berkaitan dgn covid? Mohon nasihat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, berikut merupakan simptom-simptom atau kriteria yang berkait dengan jangkitan COVID-19 yang perlu dipantau bagi mengelakkan sebarang jangkitan:
- Sesak nafas
- Demam panas
- Cirit-birit
- Muntah-muntah dan loya
- Batuk atau bersin
- Keletihan dan tidak bermaya
Simptom-simptom di atas perlu dikenalpasti dan dipantau sebelum berkeputusan untuk menjalani saringan COVID-19. Namun, kami sarankan anda untuk menghadiri saringan COVID-19 tersebut kerana anda telah melancong ke negeri yang mempunyai 3 zon merah setakat ini. Sila patuhi arahan SOP yang ditetapkan, sentiasa memakai topeng muka, amalkan sanitasi serta mengamalkan jarak sosial sejauh 1 meter bagi membanteras rantaian jangkitan COVID-19 .
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini