
zainabayra10
6 tahun
Darah bercak atau haid
Assalamualaikum sya zainab umur sya 29tahun sya alami masalah kesihatan ni 2hari sudah, 26. 4 sya mula period Last period 3.5 lepas tu sya bersama dengan suami 4.5 tiba2 kelmarin vagina sya mengeluar kan darah merah bercampur coklat,&hari ni keluar warna yg sama, tapi keluar sedikit-sedikit, pada waktu yg sma sya rasa mual, sakit pinggang, punggung, & keletihan, adakah sya hamil doktor…?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Saya juga menasihati anda untuk membuat ujian pregnancy test ataupun scan di klinik terdekat untuk mengetahui puan hamil atau tidak .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.