Sulit
5 tahun
Darah coklat selepas bersetubuh
Saya berumur 25 tahun. Baru berkahwin tahun lepas. Sebelum ini sy tidak pernah alami perkara seperti ini. Biasanya saya hanya rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Baru2 ini sy dan suami melakukan hubungan kelamin. Kali ini suami sy agak ganas dan boleh jadi 3 round pada malam tersebut. Sehari selepas itu, kencing sy tidak lawas. Bila kencing, air kencing hanya keluar sedikit2 sahaja. Juga ada cecair darah yg berwarna coklat yg keluar semasa kencing. Saya khuatir utk pergi ke hospital dptkan konsultasi doktor kerana takut jika perlu lakukan pembedahan. Dan saya juga teringat, semasa sekolah menengah dahulu sy perlu ambil suntikan hpv. Malangnya, pada hari tersebut sy tidak hadir skolah dan tidak ambil suntikan tersebut. Apakah masalah penyakit saya ini doktor? Dan apa yg saya perlu buat? Adakah alternatif lain selain dr pergi ke hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas bersetubuh yang anda alami boleh disebabkan:
- Darah haid belum habis - darah haid masih diserviks dan terkeluar apabila berlaku persetubuhan
- Faraj terlalu kering atau kurang pelincir dan menyebabkan luka pada ruang faraj
- Fibroid atau polip di serviks/rahim
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































